SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Thursday, December 31, 2009

KENYATAAN HUSAM

Palestin kini

December 31, 2009
Posted by admin

Haneyya adakan perbincangan untuk perluaskan kerajaan.

Rabu, 30/12/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza mengumumkan pada hari Selasa lepas bahawa beliau sedang mengadakan konsultasi dengan beberapa tokoh professional dan bebas untuk menyertai kerajaannya.

Beliau berkata demikian dalam satu mesyuarat mingguan kabinet. Langkah itu menurutnya wajar untuk kepentingan Negara dan pentadbiran, serta ianya tidak bercanggah dengan pendirian kerajaan untuk menamatkan divisyen dalaman.

Sesetengah menteri dalam kerajaan Haneyya bertanggungjawab ke atas lebih daripada satu potfolio dan ini menjelaskan mengapa beliau ingin menambah anggota kabinet. Tindakan ini diambil bagi meringankan beban menteri-menteri tersebut di samping dapat menambah baik perkhidmatan mereka kepada rakyat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Palestin kini

http://palestinkini.info/?p=4889#more-4889

Monday, December 28, 2009

KULIAH MOTIVASI


28 Disember 2009

Kuliah Motivasi oleh Al Fadhil ustaz Hamzah Ngah Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Kuala Terengganu yang diadakan di surau Al Ansar Gong Pauh Kuala Terengganu telah memberi ransangan awal kepada petugas parti untuk terus berjuang demi menegakan Islam. Beliau mengajak hadirin untuk mengambil iktibar daripada Rasulullah SAW. dan generasi sahabat dan sohabiah yang telah sanggup membuat pengorbanan harta dan nyawa.

Sentuhan beliau berkait peristiwa Bai'ah dan Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. dengan para sahabat telah memberi kilauan motivasi kepada peserta untuk menajamkan dan membaji sifat istiqamah dengan kerja kerja jemaah demi menegakan Islam.

Para pejuang dan pendakwah hendaklah sentiasa tidak lupa nikmat kurniaan Allah SWT. dan sentiasa bertafakur ,antaranya :

1. Bertafakur pada ayat Allah SWT ianya akan melahirkan yakin kepada Allah SWT.
2. Tafakur kepada janji Allah SWT. akan melahirkan rasa cinta pada Allah SWT.
3. Tafakur kepada ancaman Allah SWT. akan mencegahkan perbuatan maksiat
4. Tafakur dengan ketaatan akan melahirkan takut kepada Allah SWT.

Jadikan diri kita sebagai manusia pembawa Risalah Allah SWT. dan menjadi golongan penolong kepada Agama Allah SWT.bukan manusia yang sentiasa meninggal kerja Islam dan kerja jihad. Kita mahu jadi hamba yang mendapat kelebihan disisi Allah SWT iaitu sebagaimana firmanNya dalam surah As Soof ayat 14, " Hai orang orang yang beriman jadilah kamu penolong -penolong Allah".

Pejuang itu ianya seorang beriman dan beramal soleh dan berjihad . Menjadi ahli Parti Islam SeMalaysia ( PAS ). adalah pilihan benar. Dikatakan haram itu bukan nanti melakukan zina, berjudi, minum arak tetapi memilih parti yang menentang agama Allah SWT. juga haram.

Dalam pilihanraya kita kemukakan calun dari Parti Islam dan kita berusaha bersungguh sungguh bagi memenangkan calun itu baik di Kawasan atau DUN . Setiap Kemenangan calun itu akan memberi pahala yang besar kerana sebagai wakil menyatakan kebenaran Islam kepada pemerintah. " Rasulullah SAW. bersabda " Bahawa Seafdhal- afdhal jihad adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim ".

Parti Islam SeMalaysia PAS telah menyertai Pilihanraya sebagai satu wasilah untuk melaksanakan syariat Allah SWT. Ulama Haraki mengatakan mana-mana negara yang ada pilihanraya maka perlu kepada pengundi, oleh itu ahli- ahli parti perlu mencari dan melakukan kerja- kerja pendaftaran pengundi untuk mendapat undi . Ianya satu kewajiban dan kelekaannya mengundang dosa.

Setengah masyarakat yang jahil merasakan piliharaya suatu yang kotor dan hal dunia semata - mata inilah fahaman yang salah ditanam oleh golongan sekular.

Dalam perjuangan Rasulullah SAW. telah dikenakan sekatan ekonomi selama 3 tahun. Ditulis satu surat perjanjian tetapi akhirnya dimakan anai-anai sehingga tinggal kalimah Allah. Malah penulisnya telah ditimpa musibah dengan lumpuhnya tangan.

Nabi terus berdakwah berjalan jauh ke Taif untuk berdakwah, setiap orang yang ditemui dalam perjalanan itu Rasulullah SAW. mengajak mereka kepada Islam tetapi tiada seorang pun menerimanya sehingga sampai di Taif pemimpin Taif telah mengupah kanak-kanak untuk menghalau Nabi SAW. Nabi SAW. tak kisah dengan apa yang berlaku kerana dakwah dan arahan Allah SWT. Cuba bandingkan kita sebagai ahli parti bagaimana kita dalam mentaati arahan pimpinan dan jemaah.

Dalam perjuangan semua peringkat terlibat. Semasa peristiwa Hijrah untuk menjayakan Hijrah Rasulullah SAW. Syaidina Abu Bakar R.A. menjadi teman kepada Rasulullah SAW . Syaidina Ali Abi Talib K.W sebagai pemuda ditugaskan tidur di tempat Rasulullah SAW. Asma yang pada masa itu hamil, mewakili golongan muslimat bertugas membawa makanan. Malah seorang yang kafir diupah oleh Syaidina Abu Bakar untuk menunjukan jalan ke Madinah. Hijrah Rasulullah SAW. berjaya dengan kerjasama semua.

Setiap ahli sebagai pejuang sentiasa berbelanja atau infaq pada jalan agama Allah SWT. melaksanakan amar makruh dan nahi mungkar, setiap pejuang mestilah bertaqwa hanya kepada Allah. tidak takut dalam menegakan Agama Allah SWT.

Inilah antara sebahagian saranan Al Fadhil ustaz Hamzah Ngah Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Kuala Terengganu dalam kuliah motivasi kepada para ahli dan amilin PAS untuk terus bersama dalam jemaah perjuangan Islam, Allahu Akhbar !!!.

Saturday, December 26, 2009

Thursday, December 24, 2009

PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA ASYURA ( 10 MUHARRAM )

Assalamulaikum wth.wbrkth.

Umat Islam baru sahaja menyambut tahun Baru Hijriah 1431 . Dan kini umat Islam telah beberapa hari berada di bulan pertama dalam kalendar Islam iaitu bulan Muharram. Pada bulan ini kita disunatkan untuk berpuasa dan disunatkan melakukan beberapa amalan yang lain.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Disebut dalam kitab Kifayatul Akhyar ( Kelengkapan Orang Soleh ) Bulan yang utama untuk mengerjakan puasa setelah bulan Ramadhan ialah bulan bulan haram. iaitu bulan Zulqaedah, Zulhijjah, Rajab dan Muharram. Dari empat bulan ini yang paling mulia ialah bulan Muharram.

Pada tanggal 9 Muharram ( Tasuu'a) dan 10hb. Muharram ( Asyura ) kita disunatkan untuk berpuasa.

Amalan sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

360 SENDI MANUSIA

Hadist daripada Aisyah R.A. Rasulullah SAW telah bersabda :

" Dijadikan manusia itu diatas 360 sendi oleh yang demikian mana mana orang yang bertakbir dengan Allah, bertasbih kepada Allah berzikir kepada Allah, minta ampun daripada Allah dan membuang ranting atau duri -duri dijalanan, mereka ,menyeru kepada ma'ruf dan juga melarang yang mungkar bererti orang itu berusaha untuk dirinya menjauhkan dari api nereka "

Hadist Riwayat Muslim.

Kehidupan manusia adalah amat sempurna ketika beraksi dalam aktiviti kehidupan, Manusialah yang paling banyak menerima nikmat Allah SWT. yang selama hidup mereka tak pernah dibeban bil bil bayaran atas nikmat -nikmat itu. Semuanya percuma, tiada tuntutan itu, tiada tuntutan ini. Percuma wahai hamba.

Antara nikmat yang kita guna setiap hari ialah sendi. Ianya disebut dalam hadits sebagaimana hadist diatas " Dijadikan manusia itu diatas 360 sendi...." Disaat ini kita lihat dan tidak dinafikan setiap pergerakan tubuh badan kita dengan sendi. Sewaktu kita menulis, melakar, dan melukis pensil atau pen dapat dipegang kemas oleh jari yang bersendi. malah jari itu lentik kerana bersendi. Pergelangan tangan dan siku juga mempunyai sendi turut berfungsi dan membantu, cuba bayangkan jika tiada sendi - sendi ini betapa payah dan kakunya hendak menulis, melakar, menconteng, melukis.

Dizaman manusia dengan kecangihan teknologi dan komputer, sendi -sendi tetap berfungsi.Huruf huruf di Keybord dapat ditekan, mouse dapat di kesana kesini kesitu kemana mana mengikut kehendak hati. Semua pekerjaan dapat dilakukan dengan baik kerana adanya sendi- sendi. Pergerakan manusia yang bersendi ini amat seni. tentulah pencipta adalah Maha Seni. Tanpa sendi aktiviti manusia jadi terbatas malah kaku, semacam kayu dan batu. kalu nasib baik sedikit semacam robot.

Jika sendi tidak berfungsi kita bukan hilang satu nikmat tetapi turut mengalangi datangnya nikmat - nikmat yang lain. Dengan sendi ciptaan Allah SWT. Yang Maha Pencipta kita dapat mengengam makanan dan menyuapnya dengan mudah ke mulut. Mulut dapat mengunyah makanan itu. Tapi kita akan kehilangan nikmat makanan itu jika sekiranya sendi kita tak berfungsi, tangan tak dapat bergerak menyuap, mulut tidak dapat mengunyah, maka nikmat kelazatan makanan tidak dapat di kecapi.

Sendi ciptaan Allah SWT. diguna oleh manusia tanpa tanpa henti walau satu detik dengan izin Allah SWT. Manusia jadi mudah berurusan dengan manusia dan sesama makhluk, cepat dan sempurna segala. aktiviti, tugasan berat dan lasak, ringan dan mudah.

Adakalanya kelancaran hidup kita terganggu lantaran kerana sakit sendi, sengal sendi, lenguh sendi, terseliuh sendi, bengkak sendi atau terputus urat sendi. Dikala ini baru datang perasaan dan ingatan penting dan berharganya sendi itu.

Allah SWT. telah berbudi kepada kita dengan nikmat pemberian sendi tanpa diminta dimohon. tapi sudah tersedia ketika lahir.Begitulah pula segala nikmat yang lain. Maka menghargai hamba itu akan budi khaliqnya dengan sentiasa bersedekah dan infaq pada jalan Allah SWT. Alangkah mulia manusia yang dilimpahi ruah rezeki dari Allah SWT, kemudian dia berikan pula pada jalan Allah SWT. Jika tidak mampu dengan harta benda masih ada cara yang lebih mudah yakni dengan bertakbir, bertahmid, bertasbih dan beristighfar. Sebutlahlah Allah SWT. dibibir dan ingatilah dihati sentiasa dan dimana jua. Kita tidak lupa untuk menghargai nikmat Allah SWT. ketika saat mengkecapi nikmat itu dengan bersyukur. Jika kita leka menghargai suatu nikmat Allah ketika kita mengkecapinya maka beristghfarlah. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang . Wallahua'lam.

Tuesday, December 22, 2009


Jom gi dengar Ceramah
Hijrah

23hb. Disember 2009.
Takziah kepada Puan Rohana Mat Amin, isteri Alahyarham Nawi bin Sulong yang telah meninggal dunia pada petang kelmarin. Allahyarham adalah suami kepada puan Rohana Mat Amin seorang guru PASTI yang bertugas di PASTI As Sabiqun Kg. Bukit Kubang Jambu.

Allahyarham telah selamat di semadikan pagi tadi, Mulai semalam ahli- ahli keluarga Allahyarham sahabat handai, guru guru PASTI datang menziarahi, termasuk Ahli Jawatan Penyelaras Pemuda DUN seramai 10 orang telah mengadakan bacaan surah Yasin dan doa pada malam tersebut.

Turut kelihatan berziarah pada paginya puan Wan Fatimah Abdullah, isteri kepada YB. Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Hj. Endut ( Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap ADUN Kawasan Wakaf Mempelam ).

Ucapan Takziah kepada puan Rohana dan keluarga, semoga tabah dalam menghadapi pemergian arwah kerana ia adalah ketentuan Allah SWT. Moga Allah mencucuri rahmat dan pengampunan keatasnya. Al Fatihah.

Monday, December 21, 2009

Tanah orang melayu

Sunday, December 20, 2009

Saturday, December 19, 2009

INFO Sms HARAKAH

24 Disember 09

1. Datuk Mahfuz Omar persoalkan kredibiliti polis kerna ambil masa terlalu lama siasat kehilangan enjin jet pejuang TUDM.- HRK.

2. Hakikat 71 MP BN tidak hadir dalam pengundian terima belanjawan Najib tidak dilihat sebagai suatu kebetulan semata-mata kata Salhuddin Ayub - HRK.

3.

22 Disember 09

1. DSTG. Abdul Hadi Awang menjelaskan Pakatan Rakyat belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana masih dalm pertimbangan ROS. - HRK

2. Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan tulis surat kepada PM supaya di panggil sidang khas Parlimen bincang kehilangan enjin pesawat TUDM. - HRK.

3. DS. Anwar Ibrahim berkata pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai parti kompenan akan ambil masa kerana perlu beberapa dokumen untuk pendaftaran - HRK.

21 Disember 09

1. DS. Anwar Ibrahim akan dianugerah pingat demokrasi oleh persatuan antarabangsa Konsultan Politik (IAPC) di Shah Alam petang ini.- HRK

2. Dewan Muslimat sambut baik usaha Pakatan Rakyat tingkatkan peranan serta peranan golongon wanita, kata Timbalan Ketua Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusuf. -HRK

3. Rakyat harus beri dorongan kuat kepada Pakatan untuk kembalikan keadialan kepada rakyat dan hapuskan amalan rasuah, kata Hj. Mohamad Sabu.- HRK

20 Disember 09
1. Presiden PAS DSTG. Abdul Hadi Awang ingatkan para blogger jangan sebarkan maklumat yang boleh pecahbelah masyarakat walupun difikirkan benar. HRK

2. DSTG. Abdul Hadi Awang juga sifatkan para blogger sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan. Lapor Media. - HRK.

19 Disember 09

1. DSTG. Abdul Hadi Awang Seru semua penyokong Pakatan Rakyat jangan Lihat Perbezaan antara mereka tetapi dahulukan apa yang telah di sepakati bersama. - HRK

2. Perpecahan dalam semua parti dalam BN sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat Kata DSTG Abdul Hadi di Kovensyen Pakatan Rakyat hari ini. - HRK

3. DSTG. Abdul Hadi Awang, DS. Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng wakili parti masing masing berikrar untuk leburkan semangat perkauman sempit, lapor media. - HRK

4. Empat Perkara asas dasar Pakatan Rakyat dilulus sebulat suara pada Kovensyen Pakatan Rakyat di Auditorium MBSA petang ini.

DAURAH TADRIBIYYAH DUN WAKAF MEMPELAM


Daurah Tadribiyyah DUN Wakaf Mempelam.

Dr. Haji Sulaiman Abdullah Naib YDP. PAS Kawasan Kuala Terengganu merangkap Ketua Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata " Tarbiyyah amat penting dalam gerakan Islam dan menjadi kewajiban kepada setiap ahli umtuk menerima tarbiyyah. beliau berkata demikian semasa merasmikan Daurah Tadribiyyah peringkat DUN Wakaf Mempelam yang telah berlangsung pada 19 Disember 2009 di Dewan Madrasah Darus Salam. Losong Hj. Mat Shafie, Kuala Terengganu.

Menurut beliau lagi " Amal Islami mempunyai 2 perkara penting iaitu
1. Ad Dakwah wa Tarbiyyah
2. Al Harakah wal Jihad.

Ad Dakwah dan Wa Tarbiyyah perlu didahulukan untuk membina insan dan merupakan proses membawa manusia kepada kerja kerja Al Harakah Wal Jihad. Hasil daripada tarbiyyah akan melahirkan Iman yang mengesahkan ibadat dan melahirkan insan yang berkebajikan. Beliau memetik firman Allah SWT. dalam surah Al Mulk ayat ke 2 yang bermaksud
" Dia ( Allah ) Yang Menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun".

" Hidup cara Islam mengatasi segala cara hidup yang lain " Hari ini di Copenhagen, Denmark diadakan satu persidangan bagi membincang perubahan iklim dunia yang dijangka akan membawa kemudaratan kepada kehidupan manusia. Perwakilan 128 negara bersidang tetapi keputusan di buat oleh 5,6 negara kuasa besar. Dimana peranan negara Islam " soal beliau ?

Program daurah dan usrah merupakan asas utama dan menjadi asas kepada kejayaan program program yang lain.

Daurah Tadribiyyah yang diadakan pada hari ini juga mendapat sentuhan motivasi dan pendedahan yang amat baik dan menambahkan kefahaman amal Islami kepada para peserta daurah oleh dua pembentang kertas kerja iaitu Al Fadhil Ustaz Kamaruddin bin Yunus ( Penolong Setiasuaha PAS Negeri Terengganu yang bertajuk " Maudud Dakwah " dan Kertas kerja kedua oleh Al Fadhil Ustaz Kamaruzaman bin Abdullah ( Ahli Jawatankuasa Ulama Negeri Terengganu ) yang bertajuk " Sasaran Dakwah ".

Friday, December 18, 2009

Thursday, December 17, 2009

Info pertama surau Al Ansar


Surau Al Ansar, terletak di satu lokasi perkampungan di pinggir bandar Kuala Terengganu, Jaraknya 4 km dari bandar dan ianya berdekatan dengan Pasar Borong Darul Iman, Kg. Gong Pauh. Ia berada di lokasi kegiatan penduduk yang sebahagiannya terlibat dengan aktiviti perniagaan di Pasar Borong. Kehidupan disitu bermula jam 3.00 pagi bila peniaga baik tempatan mahu luaran mula beroperasi menjelang subuh. pasar itu semakin meriah dengan peniaga yg mencari rezeki dan semakin bertali arusnya manusia berurusan sesama mereka dengan watak dan ragam berbagai. Semuanya mencari kurniaan Allah di waktu manusia lain dihayun buaian mimpi. Disaat fajar sodiq menjelma seruan azan berkemundang dari menara surau dan masjid berdekatan meganjak dan mengingatkan manusia mereka ada tangungjawab . ketika itu ada yang leka ada yang menyahut dan masih ada yng terlena.