SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Sunday, January 31, 2010

Gambar Rumah terbakar di kampung Seberang Baruh.


YB. Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua DPPNT danUstaz Wan Faizul Abas Setiausaha DPPNT menziarahi Nik Ahmad Kamil pada hari kejadian.
Salah seoarang anak mangsa mancari barang barang dan dokumen penting yang mungkin masih terselamat

Ustaz Wan Faizul bersama mangsa.



Berita Kebakaran Rumah

Sebuah rumah di kampung Seberang Baruh, Kuala Terengganu telah terbakar pada 31 Januari 2010, Ahad jam 7.45 pagi.Rumah 2 tingkat separuh bata dan kayu milik mangsa iaitu Nik Ahmad Kamil telah hangus dimakan api pada tingkat atas sementara tingkat bawah terselamat kerana dibuat daripada bata.

Kejadian berlaku berpunca litar pintas dari bilik anak lelakinya di tingkat atas rumah tersebut. Ketika itu mangsa berada di tingkat bawah rumahnya. Tiada kehilangan jiwa berlaku, semua ahli keluarga beliau terselamat, Walaupun semasa kejadian 2 ahli keluarga mangsa berada didalam rumah iaitu seorang anak perempuan mangsa yang tidur di tingkat atas sempat menyelamatkan diri, begitu juga isteri beliau dan anak -anak yang lain yang telah keluar berkerja dan belajar sebelum kejadian berlaku.

Turut sempat berada semasa kebakaran tersebut saudara Wan Faizol Wan Abas, setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang juga ketua cawangan di kampung tersebut. dan pada tengaharinya Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri YB. Ustaz Mohd Nor Hamzah telah datang menziarahi mangsa serta menyampaikan sumbangan dari pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi saudara Wan Mohd Faizul di talian 0139277330 atau terus masukan sumbangan ke akaun bank Dana Ta'awun DPPNT Maybank Islamic bernombor 563064113837. Sila maklum kemasukan sumbangan tuan puan kepada ustaz Nazari ( ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPNT ) di talian 019 9108432 ( atau hantar sms butiran kemasukan sumbangan " Kebakaran 31 Jan" dengan menyatakan jumlah, tarikh dan tempat-cawangan bank ).

KRU Tv AlAnsar sempat merakamkan gambar dan video kejadian tersebut.

RUMAH TERBAKAR

Sunday, January 24, 2010

POCO -POCO

Assalamualaikum,

Dua hari lepas saya telah menerima satu email dari seorang sahabat menceritakan tentang asal usul tarian poco poco, mungkin sahabat- sahabat pun ada menerimanya. Email tersebut menyatakan tarian poco-poco ini asalnya dari penganut Kristian di Filipina.

Disini saya pastekan email tersebut untuk tatapan pembaca.

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

Jika benarlah demikian perlulah kita umat Islam berhati -hati. Musuh -musuh Islam mengunakan berbagai cara untuk merosakkan Aqidah murni Umat Islam terutama bangsa Melayu yang kebanyakkan cepat terpengaruh dengan sesuatu tanpa usul periksa, Sebenarnya jika kita berpegang teguh dengan Islam sudah tentulah tidak cepat terikut atau hanyut dengan arus dendangan para musuh. Kita umat Islam ada cara tersendiri dalam beriadah, berhiburan dan lainnya yang semesti bersandar kuat pada syariat Allah SWT. Jika sesuatu itu kita ragui maka kita perlu merujuk kepada para ulama' atau ilmuwan Islam agar kita tidak terpesong dari landasan Islam. WallahuA'lam.

Friday, January 22, 2010

YB.Abdul Wahid Bersama Rakyat

GOTONG ROYONG BERSAMA YB. WAHID

Kuliah Maghrib 19 Jan. 10

Kuliah Maghrib 19 Jan. 10

Kuliah Maghrib 19 Jan. 10

Kuliah Maghrib 19 Jan. 10

Kuliah Maghrib 19 Jan. 10

Kuliah Maghrib 19 Jan. 10

Tuesday, January 12, 2010

MEREMPIT 1

Monday, January 11, 2010

REMPIT 2

MEREMPIT

Kegiatan Mat rempit dikatakan semakin parah, pihak berkuasa terus berdepan dinding buntu untuk memecah masaalah ini. Sudah banyak kali operasi diadakan bagi menghapuskan kegiatan rempit ini. Nak dihapus bukan Mat rempit tetapi kegiatan rempit. Entah apa nak jadi bukan tak ada operasi oleh pihak berkuasa namum golongan Mat rempit ini semakin menjadi dan berkembang biak.

Setiap kali selepas operasi pihak berkuasa mengeluarkan berbagai saman kesalahan terhadap Mat rempit ini dan diistiharkan jumlah saman dan lebih haru lagi ada yang ditahan kerana positif pengunaan berbagai jenis dadah dan terlibat dengan kesalahan jenayah.

Mat rempit akan menjelma diatas jalanraya terutama pada hari- hari minggu. Berkongsi sama dengan lain lain pengguna yang pasti terancam keselamatan nyawa dan diri mereka. Masa paling kerap mereka menjelma antara jam 6.30 petang hingga waktu Mahgrib dan pada tengah malam antara jam 1.00 pagi hingga mencecah subuh. Yang merempit ni tak ramai sekitar 10 -15 orang sahaja tapi yang mengiringnya atau kita boleh katakan Mat Motor beratus orang memenuhi dan menguasai jalanraya. Meraka akan muncul di jalanraya di bandaraya Kuala Terengganu, malah dikampung pun tak kurang hebatnya. Selain jalanraya di pusat bandar seperti dihadapan Taman Shah Bandar, lokasi - lokasi di pinggir bandar pun kerap mereka muncul antaranya di sekitar jalan Durian Burung, jalan Wakaf Beruas, Jalan Kubang Tangga di jalan Padang Midin dan lain lain lagi.

Mulanya hanya merempit tetapi sekarang dah mula terlibat dengan perbuatan dan gejala sosial lain seperti pergaulan bebas , bila ada Mat rempit adalah Minah rempit yang menjadi pelakon pembonceng. Malah sebahagian mereka juga juga dikait dengan laku musnah, buli, kecurian pergaduhan kumpulan , paling ditakuti oleh pengguna jalanraya yang lain ialah sikap samseng mereka yang sanggup bertindak liar dan ganas terhadap pengguna jalan raya lain dan macam macam perangai ada.

Sayang seribu kali sayang yang merempit ini terdiri anak bangsa sendiri beragama Islam. kadang kadang mereka adalah anak -anak dikalangan masyarakat elit dan berkeperibadian tinggi dimata masyarakat seperti anak -anak pemimpin masyarakat, anak-anak orang masjid dan surau, anak - anak guru agama, anak - anak JKK, anak -anak pegawai kerajaan.

Sebahagian ibu bapa,bukan tidak mendidik anak-anak kelahiran mereka tetapi serangan pengaruh sekitar dan luar rumah, pengaruh kawan-kawan, pengaruh media cetak dan elektronik,penggunaan internet yang tak terkawal, filem -filem dan lain lain lagi amat membantu mencorak keperibadian remaja dan belia di dunia hujung jari ini.

Berbagai teori di ajukan untuk menangani masaalah ini, sehingga ada cadangan untuk diadakan setiap minggu persembahan nyanyian. Agar Mat rempit tidak lagi merempit sebab ada tempat boleh melepak sambil mendengar persembahan nyanyian. memang sukar hendak ajak Mat rempit ni dengar ceramah agama atau nak bawa ke masjid. Tetapi gejala nyanyian dan hiburan yang berlambak baik di kaca TV mahu pun di mana- mana tidak pernah berbaloi malah menambah kusut masai adalah juga adanya.

Dewan Undangan Negeri Terengganu telah meluluskan RM 5 juta untuk menangani masaalah rempit ini. Moga wang rakyat ini dapat digunakan sebaik dan sebetulnya, jangan pulak ada yang merempit dalam saku saku mereka. SPRM kena kena pandai pandai lah memantau kalu ada lapuran jangan tunggu lama-lama nanti lama lama ia dikebas orang. Kalau ada yang merempit wang rakyat ni ambil tindakan segera. Sebab ini wang rakyat.

Kita sudah ada jalan pendekatan terbaik iaitu dekatkan mereka dengan ajaran agama.Kembalikan anak -anak bangsa kita ini dengan roh Islam. Mereka bukan tak ada pegangan cuma mungkin sebab terlampau hanyut dengan program yang bercanggah dengan syariat dan lalai yang menjadi kegemaran rutin untuk pihak berfahaman sekular dan penentang agama menganjurnya. Disaat ketika usia remaja belia inilah peluang golongan syaitan jin dan syaitan manusia melalaikan mereka dengan nafsu suka berfoya- foya dengan menganjurkan berbagai pesta , banyakkan hiburan dimana saja, paparkan cerita tahyul di TV, tujuan supaya mereka leka dan terbenteng dengan agama.

Untuk melakukan ini, Semua mereka yang cintakan Islam berkewajiban menjadi amilin -amilin untuk membetulkan semula segala kepincangan yang berlaku Tegakkan kebenaran dan hancurkan kebatilan. Allahu Akhbar.

Wasallam.

Sunday, January 10, 2010

Saturday, January 9, 2010

ORANG YANG TEGUH PENDIRIANNYA.

Allah SWT. telah berfirman maksudnya. " Sesungguhnya orang -orang yang mengatakan : ' Tuhan Kami Allah', Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka ( dengan mengatakan ) : Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepada Kamu." Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; didalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula ) didalamnya apa yang kamu minta." Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." ( surah Fussilat ayat 30,3132 )

Dari Abu Talhah RA. menceritakan, pernah beliau menghampiri Nabi SAW. dilihat muka Rasulullah SAW. amat berseri-seri daripada kebiasaan. lalu bertanya beliau dan Nabi SAW menjawab.

" Dan Apakah yang mencegahkan aku ( untuk bergembira ), sedang Jibril AS. benar-benar baru saja keluar tadi. Dia telah datang kepada ku membawa khabar gembira dari Tuhanku, kata dia : " Sesungguhnya Allah Taala telah mengutus aku kepadamu, untuk memberi khabar gembira kepadamu, bahwasanya tidak seorang pun di antara umatmu yang bersolawat untuk mu. kecuali Allah Taala dan juga malaikat-malaikat Nya bersolawat pula kerana solawat dia sepuluh kali."

Sifaa un Syariff

Para ulamak menyatakan sebab turun ayat diatas, sebagaimana dinyatakan Ibnu Abas RAH. " Sesungguhnya ayat itu di turunkan mengenai Abu Bakar As Shidiq, RA. Kerana telah berkata orang -orang musryik " Tuhan Kami ialah Allah. dan malaikat-malaikat itu anak perempuan Allah. Adapun orang Yahudi mengatakan: " Tuhan kami ialah Allah, dan Uzair itu anak Allah, dan Muhamad itu bukan seorang Nabi". Lalu Abu Bakar Berkata, " Tuhan kami ialah Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya dan Muhamad itu adalah hambanya dan Rasulnya. lalu Abu Bakar RA. meneguhkan pendiriannya.

Jelas Pengertian dari ayat ini, orang yang mengaku Allah Taala itu Esa dan menolak Allah Taala itu dari sebarang sekutu, mempunyai teman -teman atau anak-anak, kemudian sentiasa ianya dalam taat kepada Allah Taala dengan melakukan kefardhuan-fardhuan Nya dengan penuh ikhlas sehingga mereka mati.

Istiqamah menurut sebahagian ulama ialah sumpah semasa di alam arwah. Ada pula yang menyatakan istiqamah itu terjadi secara zahir dan batin iaitu :

Bagi golongan Awam adalah :
  1. Istiqamah pada zahir iaitu Patuh pada segala perintah Allah SWT. samada suruhan atau larangan Nya.
  2. Istiqamah pada bathin iaitu iman dan membenarkanya.
Bagi Golongan Khawash ( Khusus ) adalah :
  1. Istiqamah pada zahir menyingkirkan dunia, meninggalkan perhiaasan maupun keinginan -keinginan ( syahwat ).
  2. Istiqamah pada bathin Tidak menginginkan kenikmatan syurga lantaran rindu pada Allah SWT.
Syihabuddin

Khulafa ArRasyidin Radiallahu Anhum menyatakan istiqamah itu :
  1. Syaidina Abu Bakar RA ketika ditanya menyatakan " istiqamah itu janganlah kamu menyegutukan Allah Taala dengan sesuatu apa pun."
  2. Syaidina Umar RA. berkata. " Istiqamah itu kamu secara jujur melakukan perintah dan menjauhi larangan dan tidak kamu menyeleweng secara diam diam ( sembunyi ) seperti Musang.
  3. SyaidinaUsthman bin Affan RA. berkata, " Istiqamah itu ialah Keikhlasan."
  4. Syaidina Ali RA. berkata: " Istiqamah ialah melaksanakan kefardhuan- kefardhuan.
Ma'aalimut Tanziil

Kata ahli kebenaran Istiqamah itu dengan 3 perkara :
  1. Istiqamah dengan lidah - iaitu sentiasa lidahnya mengucap kalimah syahadat
  2. Istiqamah dengan hati - Sentiasa memiliki kemauan yang benar ( bersungguh ).
  3. Istiqamah dengan jiwa - Sentiasa melaksanakan ibadat -ibadat dan ketaatan -ketaatan.
Ada yang mengatakan Istiqamah itu dengan melakukan 4 perkara dan menyempurnakannya dengan 4 perkara juga :
  1. Taat terhadap perintah - Kesempurnaan taat dengan ikhlas.
  2. Taqwa terhadap larangan - Kesempurnaannya dengan taubat
  3. Syukur terhadap nikmat - Kesempurnaanya dengan mengakui kelemahan
  4. Sabar terhadap syurga - Kesempurnaanya dengan kesungguhan





Thursday, January 7, 2010

Wednesday, January 6, 2010

Tuesday, January 5, 2010

CATITAN SULTAN ZAINAL ABIDIN III KE MEKAH


Sultan Zainal Abdiin III, Sultan Terengganu kesebelas, telah menaik takhta dari tahun 1881 - 1918 baginda merupakan seorang sultan yang alim dalam hal agama, adil dan mempunyai peribadi yang baik, baginda telah menunaikan ibadat Haji pada tahun 1913 masihi ( 1332Hijrah )

Catatan pelayaran baginda yang menarik ke tanah suci telah diceritakan oleh Dato' Haji Muhamad Salleh bin Haji Awang dalam buku Haji di Semenanjung Malaysia, Sejarah dan Perkembangannya sejak tahun 1300 hijrah -1405 Hijrah ( 1886 - 1985H) ( muka surat 137-139 )

Buku ini telah diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Urusan Tabung Haji pada tahun 1986 mengetengahkan beberapa catitan perjalanan haji yang dilalui beberapa individu tertentu sebagai pendoman masyarakat hari ini. Pelbagai kesukaran diharungi dengan tempoh masa yang lama untuk berjaya menunaikan ibadat di tanah suci, Mekah. Disini diperturunkan kembali kisah pelayaran tersebut sebagaimana yang ditulis oleh Dato haji Muhmad Salleh.

Pada tahun 1913Masihi bersamaan 1332 Hijrah Baginda Sultan Zainal Abidin III telah berangkat belayar ke tanah suci Mekah dengan diiringi lima belas orang pengiringnya termasuk Datuk Sri Amar Diraja Haji Ngah Muhamad bin Muhamad Yusuf ( Setiausaha sulit dan kemudian dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1918 mengikut catitan dalam JMBRAS Vol. 1 pt. 41, 1968). Tengku Sri Wook Raja Tengku Yusuf Abdullah, Tengku Pekerma Tengku Hassan, Tuan Embong, Tengku Putera, Tengku Ibrahim dan Abdul Rahman bin Endut.

Keberangkatan Baginda dirahsiakan kerana baginda tidak suka cita-citanya hendak ketanah suci di ketahui orang. Bahkan pada mulanya setengah pengiringinya tidak mengetahui tujuan pelayaran mereka. Apa yang diketahui umum ialah baginda hendak berangkat ke Singapura.

Menurut cerita yang didapati, Keberangkatan ke tanah suci itu terpaksa menempuh berbagai peristiwa diantaranya, pelayaran baginda dari Singapura terpaksa berhenti di Aden lebih kurang sebulan kerana tergendalanya urusan- urusan syarikat kapal yang hendak membawa rombongan baginda dari Aden ke Jeddah manakala waktu untuk mengerjakan haji sudah begitu hampir dengan hari wukuf di Arafah. Bagimanapun dikatakan baginda masih berkeadaaan tenang dan kuat berpegang dengan kekuasaan Allah yang boleh melakasnakan sesuatu. Ada pembesar-pembesar yang mencadangkan untuk mendakwa syarikat perkapalan yang mungkirkan janji itu tetapi Baginda tidak bersetuju.

Akhirnya Baginda memajak sebuah kapal kecil untuk membawa baginda dan rombongan dari Aden ke Jeddah. Walau pun mengikut perkiraan biasa, dengan perjalanan sebegini baginda tidak akan kesempatan menunaikan fardhu haji pada tahun itu. tetapi dengan pertolongan Allah, kapal itu telah dapat sampai ke Jeddah terlebih awal daripada waktu yang dijangkakan.

Semetara itu beberapa orang bakal haji dari Aden yang turut sama terkandas telah dapat menumpang secara percuma dalam kapal itu dengan kemurahan hati baginda. Kira-kira pada 7 Zulhijjah ( bersamaan 28 Disember 1913 ) baginda telah tiba di Jeddah dan terus berangkat ke Mekah pada pukul 7 malam dengan menggunakan baghal dan tiba di Mekah pukul 9 pagi keesokkannya iaitu pada 8 Zulhijjah.

Sementara itu di Mekah, Keluarga Sheikh Nik Mat Kecik Fathoni ( Sheikh Haji yang akan memandu baginda semasa di tanah suci ) telah mendapat berita mengenai baginda dan rombongannya tiba di Jeddah, lalu diikhtiarkan sebuah kereta kuda kepunyaan syarif Mekah untuk membawa baginda ke Mekah supaya dapat sampai dengan cepat memandangkan hari wukuf hanya tinggal dua hari saja lagi.

Kereta kuda yang dihantar itu sempat tiba di Bahra iaitu sebuah perhentian dipertengahan jalan antara Jeddah - Mekah. Tetapi baginda lebih suka meneruskan perjalanan dengan menaiki baghal dengan rombongan baginda dan akhirnya selamat sampai di Mekah. Pada hari ke 9 Zulhijjah baginda dan rombongan berangkat ke Arafah dari Mekah dan meneruskan kerja-kerja haji hingga selesai.

Setelah selesai menunaikan fardhu haji baginda dan rombongan berangkat melawat Mesir dan kemudian baginda bercadang menziarahi Baitul Maqdis. Tetapi tidak dapat meneruskan hasratnya kerana jatuh gering. Baginda dinasihatkan doktor yang merawat supaya tidak meneruskan perjalanan tersebut dan terpaksa berangkat kembali segera ke tanahair. baginda dan rombongan telah selamat tiba di Singapura pada 1914.

Sunday, January 3, 2010

PALESTIN MENANGIS

January 3, 2010
Posted by admin

UNEP : Bekalan air Gaza dalam keadaan genting.

Ahad, 03/01/2010 – Program Alam Sekitar PBB ( UNEP ) memberi amaran bahawa bekalan air bawah tanah bagi menampung 1.5 juta rakyat Palestin berdepan kemungkinan terputus selepas kebanyakan punca air ini musnah akibat serangan Israel akhir 2008. Di dalam satu laporan UNEP di Gaza, sumber air alternatif perlu diusahakan bagi mengatasi masalah ini. “ Kemusnahan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih, melainkan masa dapat diputarkan kembali ke belakang. Selain kerjasama Mesir-Israel turut mengeruhkan keadaan, tindakan harus dikenakan ke atas negara ini,“ demikian tercatat dalam laporan tersebut.

UNEP menjangkakan USD1.5 bilion diperlukan bagi memulihkan bekalan air tersebut selama 20 tahun, termasuk prosese mengasingkan garam yang tercemar ke dalam sumber air bawah tanah. Perkara ini termasuk dalam 20 tuntutan yang terkandung dalam laporan UNEP bertajuk “ Kualiti Alam Sekitar Semenanjung Gaza : Disember 2008-Januari 2009”.

Laporan tersebut juga memberitahu perang Israel-Palestin into turut mengakibatkan pencemaran alam sekitar yang teruk. Selain itu, kemusnahan ekonomi yang disebabkan Israel memerlukan tahap pemulihan yang tinggi dan mengambil masa yang lama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929