SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Monday, May 31, 2010

Sunday, May 30, 2010

FORUM KELUARGA BAHAGIA

FORUM KELUARGA BAHAGIA

Saturday, May 22, 2010

Majlis Perasmian Surau Ar Rahman Kubang Tangga oleh Presiden PAS

Pada 6 Jamadil Akhir 1431 Hijrah bersamaan 20 Mei 2010 Khamis mlm Jumaat , Dato' Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Hj. Awang telah merasmikan surau Ar Rahman Kg. Kubang Tangga dalam Kawasan DUN Wakaf Mempelam. Sebelum majlis perasmian Dato, Seri Tuan Guru telah meyampaikan kuliah Maghrib di surau berkenaan. Turut hadir bersama dimajlis, YB. Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Hj. Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap ADUN Wakaf Mempelam.

Menurut sejarah surau ini telah dibina pada tahun 1953 masihi dan telah dibaik pulih pada Mei 2009. Nama " Ar Rahman " untuk surau ini telah diberi sendiri oleh Dato' Seri Tuan Guru dan mengingatkan agar surau ini di makmurkan dengan sebaiknya oleh masyarakat setempat dan berdekatan.

Video majlis perasmian.

Saturday, May 15, 2010

MEMALI

Wednesday, May 5, 2010

SOLAT PEMBAWA KEBAHAGIAN DAN KUNCI SYURGA


Solat itu mempunya banyak kelebihan samaada untuk kehidupan hari ini sebelum mati atau kehidupan abadi di Akhirat. Banyak hadis -hadis berkaitannya yang memberi khabar gembira dengan pahala kepada yang melaksanakannya atau khabar ancaman siksaan dan duka nestapa kepada yang meninggalkan atau melalaikannya.

Antara Kebaikkan solat itu telah disebut sebagaimana, satu riwayat oleh Jaafar daripada bapanya daripada neneknya, sabda Nabi SAW : " Solat itu keredhaan Allah SWT. dan dikasih oleh para malaikat, jalan para ambia, nur ma'rifat, asal iman, diperkenan doa dan qobulkan segala amalannya dan diberkati rezekinya dan kesenangan bagi badan dan senjata atas seteru, kebencian syaitan, masyafaat antara taulannya(kawan ) dan antara malaikat maut dan pelita ( Nur ) dalam kuburnya dan hamparan dibawah lambungnya dan menjawab akan Mungkar dan Nakir dan menjinakkan taulannya, dan mengziarah kuburnya sehingga hari kiamat, Maka pada hari qiamat jadilah ia pada menudung ( naungan ) atas kepalanya dan mahkota diatas kepalanya dan pakaian menutup tubuhnya dan cahaya yang berjalan antara dua tangannya dan benteng antaranya dan antara api neraka dan hujjah bagi orang mukmin dihadapan tuhannya dan memberatkan timbangannya, dan melalukan ia atas shirat dan anak kunci syurga. kerana bahawasanya pada sembahyang itu tasbih, tahmid, taqdis dan ta'zhim, dan qiraat dan doa dan terlebih afdal doa sekalian itu solat dalam waktunya".

Berbahagianya jika seseorang solat fadhu dengan sempurnakan syarat zahir dan batin. Hasil solat yang sempurna membawa hidupnya kepada redha Rabul Jalil. Kehidupannya sentiasa mendapat jirusan arus anugerah kelebihan yang dijanji oleh Allah SWT dengan satu kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

Sedang hamba yang tidak solat, sudah tentu mereka akan di timpa dengan tempang hidup . Jasad dan jiwa sudah celaka di dunia azab sengsara dengan murka Allah SWT. pula menanti di hari Akhirat.

Sama -samalah kita memohon kepada Allah SWT. agar kita ,keluarga , kerabat dan handai taulan menjadi hamba Allah yang sentiasa menjaga solat.

YAHUDI CEROBOH LAGI

Rejim Zionis ceroboh Jenin

May 6th, 2010 by admin No comments »

Khamis, 06/05/2010 – Tentera rejim Zionis semalam telah menceroboh perkampungan di Barat Jenin dan melakukan penggeledahan tetapi tiada penahanan dilaporkan.

Operasi penggeledahan itu dilakukan di Barqeen, Al-Hashmyah dan Kfrdan di mana tentera rejim Zionis dilaporkan mencari tanah pertanian, kata sumber tempatan. Rejim Zionis telah mengarahkan penduduk kampung dan kenderaan mereka berhenti di tengah-tengah jalan yang menyambungkan kawasan Barqeen dan Al-Shohada serta memeriksa mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa