SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Thursday, February 25, 2010

Khutbah

Khutbah Terakhir ( Sedutan filem )





Friday, February 19, 2010

Al Quran On Line Hati -hati

BERHATI HATI MENGGUNAKAN AL QURAN ONLINE
Wednesday, 17 February 2010 10:47
EditoR

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/penipuanthequran.com1.jpgKUALA TERENGGANU – Para pengguna Internet yang menggunakan kitab al-Quran versi internet dinasihatkan supaya berhati-hati memilih laman yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Ia adalah kerana, terdapat beberapa laman tersebut adalah dicipta oleh musuh-musuh Islam yang bertujuan memesongkan aqidah umat Islam.

Antara laman yang didapati menjalankan dakyah tersebut adalah thequran.com.

Laman tersebut dikesan diterbitkan oleh seorang paderi yang menggunakan nama “Father Zakaria’.

Antara dakyah yang ditonjolkan oleh laman tersebut ialah tmengujudkan satu ‘menu’ yang meletakkan kesalahan-kesalahan kitab suci al-Quran.

Sedangkan sesungguhnya, sehingga kini al-Quran tetap terpelihara walaupun pelbagai usaha dibuat ‘memesongkannya’.

Keterangan berkenaan pemesongan laman thequran.com boleh dimuatturun dari Fakta Penipuan thequran.com

Last Updated ( Thursday, 18 February 2010 01:16 )

Sunday, February 14, 2010

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA

PERUTUSAN TAHUN BARUhttp://buletinonline.net/images/stories/berita22/2.jpg CINA

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada seluruh peringkat masyarakat Tionghua di Malaysia.

PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara.

PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Malaysia adalah semestinya berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 50 tahun ini.

Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga turut menjadi bukti bahawa PAS ingin lebih memahami kehendak dan keperluan pelbagai rumpun masyarakat di Malaysia yang turut sama-sama menyumbang kepada pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera.

Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Presiden PAS

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

( Petikan dari Buletin online Terengganu )

Last Updated ( Sunday, 14 February 2010 20:01 )

NOSTALGIA PEMERINTAHAN PAS 1999 -2004
( Kenangan lalu untuk tatapan Generasi Kini )

Semasa PAS memerintah Terengganu kaum Tionghua tidak dipinggirkan. Mereka mendapat hak sebagai rakyat negeri ini dalam perkara melibatkan kebudayaan bangsa, agama. bantuan kebajikan, keadilan dan lain lain. Kehormonian hidup bersama dengan masyarakat Melayu dan India terpelihara dibawah Pemerintahan PAS tanpa ada diskriminasi. PAS bukan sekadar meraikan Tahun Baru semata mata tetapi melaksanakan apa keperluan dan hak kaum Tionghua sebagai Pemerintah Negeri Terengganu pada Tahun 1999-2004.

Untuk mengenangkan kembali Nostalgia itu di paparkan disini sedutan video satu sambutan Tahun Baru Cina Oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang masa itu Menteri Besar Terengganu dan lain lain Kepimpinan. Video ini di petik dari Unit Penerangan Negeri Terengganu di bawah Kerajaan PAS masa itu. InsyaAllah akan dipaparkan lagi sedutan video-video Semasa PAS memerintah Terengganu setakat mana VCD UPNT ada dalam simpanan. sekian


Wednesday, February 3, 2010

YB. ABDUL WAHID MELAWAT MANGSA KEBAKARAN

YB. Haji Mohd Abdul Wahid menyampaikan sumbagan beliau kepada mangsa kebakaran

YB. Haji Mohd Abdul Wahid meneliti senarai dokumen -dokumen
daripada mangsa yang telah musnah

Nik Ahmad Kamil menceritakan kepada YB. kejadian yang berlaku


3 Februari 2010 Rabu.
YB. Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Haji Endut Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap ADUN Wakaf Mempelam telah menziarahi dan bertanya khabar mangsa kebakaran yang berlaku pada 31 Januari 2010 hari Ahad jam 7.45 pagi di Kg. Seberang Baroh baru -baru ini.

YB. Haji Mohd Abdul Wahid telah menerima berita kebakaran semasa hari kejadian tetapi beliau kebetulan berada di Kuala Lumpur. Sekembalinya YB. terus mengziarahi mangsa Nik Ahmad Kamil. Turut hadir bersama ialah beberapa pimpinan PAS Kawasan iaitu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah Bendahari PAS Kawasan Kuala Terengganu, ustaz Wan Mohd Faizol dan pegawai-pegawai Pejabat Parlimen Kuala Terengganu serta Pejabat ADUN Wakaf Mempelam.

Dalam kujungan itu YB. Haji Mohd Abdul Wahid telah menyampaikan bantuan peribadi dan parti kepada mangsa, beliau juga telah di ceritakan bagaimana kejadian tersebut berlaku.