
Solat itu mempunya banyak kelebihan samaada untuk kehidupan hari ini sebelum mati atau kehidupan abadi di Akhirat. Banyak hadis -hadis berkaitannya yang memberi khabar gembira dengan pahala kepada yang melaksanakannya atau khabar ancaman siksaan dan duka nestapa kepada yang meninggalkan atau melalaikannya.
Antara Kebaikkan solat itu telah disebut sebagaimana, satu riwayat oleh Jaafar daripada bapanya daripada neneknya, sabda Nabi SAW : " Solat itu keredhaan Allah SWT. dan dikasih oleh para malaikat, jalan para ambia, nur ma'rifat, asal iman, diperkenan doa dan qobulkan segala amalannya dan diberkati rezekinya dan kesenangan bagi badan dan senjata atas seteru, kebencian syaitan, masyafaat antara taulannya(kawan ) dan antara malaikat maut dan pelita ( Nur ) dalam kuburnya dan hamparan dibawah lambungnya dan menjawab akan Mungkar dan Nakir dan menjinakkan taulannya, dan mengziarah kuburnya sehingga hari kiamat, Maka pada hari qiamat jadilah ia pada menudung ( naungan ) atas kepalanya dan mahkota diatas kepalanya dan pakaian menutup tubuhnya dan cahaya yang berjalan antara dua tangannya dan benteng antaranya dan antara api neraka dan hujjah bagi orang mukmin dihadapan tuhannya dan memberatkan timbangannya, dan melalukan ia atas shirat dan anak kunci syurga. kerana bahawasanya pada sembahyang itu tasbih, tahmid, taqdis dan ta'zhim, dan qiraat dan doa dan terlebih afdal doa sekalian itu solat dalam waktunya".
Berbahagianya jika seseorang solat fadhu dengan sempurnakan syarat zahir dan batin. Hasil solat yang sempurna membawa hidupnya kepada redha Rabul Jalil. Kehidupannya sentiasa mendapat jirusan arus anugerah kelebihan yang dijanji oleh Allah SWT dengan satu kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
Sedang hamba yang tidak solat, sudah tentu mereka akan di timpa dengan tempang hidup . Jasad dan jiwa sudah celaka di dunia azab sengsara dengan murka Allah SWT. pula menanti di hari Akhirat.
Sama -samalah kita memohon kepada Allah SWT. agar kita ,keluarga , kerabat dan handai taulan menjadi hamba Allah yang sentiasa menjaga solat.
No comments:
Post a Comment