SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Saturday, June 12, 2010

KEKUATAN SHADAQAH


Di riwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW. bersabda.
" Tatkala Allah mencipta bumi tapi bumi tersebut selalu bergerak maka diletakkan atasnya gunung sehingga tenang dan tidak bergerak lagi, sehingga malaikat kagum dan berkata : Ya Allah apakah dari mahkluk mu ada yang lebih keras daripada gunung ? Allah menjawab Ya, besi lebih keras. Mereka bertanya lagi : Apakah ada yang lebih kuat daripada besi. Allah menjawab : Ya, api lebih kuat. Mereka bertanya : Apakah ada makhluk mu yang lebih kuat dari api ? Allah menjawab Ya, Air lebih kuat. Mereka bertanya lagi : Ya Allah apa ada yang lebih kuat dan keras daripada air ? Allah menjawab, Ya ada angin lebih kuat. Mereka bertanya lagi: apakah ada yang lebih kuat daripada angin ? Allah menjawab : Ya, ada, anak Adam yang bershadaqah dengan tangan kanannya secara sembunyi lebih kuat daripadanya.

5 perkara perlu diperhatikan ketika bershadaqah :

1. Bershadaqah kepada golongan fakir miskin secara diam diam adalah terlebih baik.

Dikisahkan orang terdahulu merahsiakan shadaqah mereka dari diketahui orang lain sehingga ada yang bersedekah kepada orang fakir miskin yang buta, ada yang mengikat sedekah pada baju fakir miskin yang sedang tidur, malah ada yang menaruh di tengah jalan yang akan dilalui oleh fakir miskin.

2. Hindari mencaci maki atau mengeluarkan kata -kata tidak enak atau mengores hati kepada yang menerima shadaqah

Firman Allah SWT. yang bermaksud

" Wahai orang -orang yang beriman janganlah kamu sekaliannya menyia- nyiakan shadaqah mu dengan mencaci maki yang menyakiti hati, seperti orang -orang yang membelanjakan hartanya kerana ingin dilihat oleh orang "
( Al Baqarah ayat 264 )

3. Shadaqah itu dengan harta yang paling baik dan bagus.

Allah berfirman yang bermaksud :

" Kamu tidak akan mmeperolehi kebaikan ( yakni sempurna ) sebelum kamu menafkahkan apa -apa yang kamu sukai ". (Al Imran ayat 92 )

Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah itu baik sehingga ia tidak menerima sesuatu kecuali yang baik dan halal".

4. Ketika menghulur shadaqah hendaklah dengan wajah berseri seri menyenangkan dan tidak muram.

Allah berfirman yang maksudnya : " Orang -orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dinafkahkan itu dengan menyebut -nyebutkan pemberiannya, dan tidak pula menyakiti hati kepada si penerima, mereka mendapat pahala di sisi tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati".
( Al Baqarah ayat 262 )

5. Pemberian shadaqah itu hendaklah diutamakan pada sasaran yang tepat atau orang yang terlebih patut menerimanya seperti orang miskin yang taat kepada Allah kerana akan menambah ketaatan mereka kepada Allah dan pahala.

Firman Allah Taala yang bermaksud : " Shadaqah itu hanya untuk orang fakir miskin "

Rasulullah SAW bersabda " Barang atau harta sedekah apabila sudah lepas dari tangan si pemilik ianya akan berkata -kata dengan kalimat, Pertama saya kecil engkau perbesarkan, kedua dulu engkau menjaga saya sekarang aku menjagamu,ketiga aku dulu musuh sekarang engkau mencintai, keempat dulu aku barang yang rosak ( fana ) sekarang engkau telah mengekalkan aku ".

Monday, June 7, 2010