SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Sunday, February 14, 2010

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA

PERUTUSAN TAHUN BARUhttp://buletinonline.net/images/stories/berita22/2.jpg CINA

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada seluruh peringkat masyarakat Tionghua di Malaysia.

PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara.

PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Malaysia adalah semestinya berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 50 tahun ini.

Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga turut menjadi bukti bahawa PAS ingin lebih memahami kehendak dan keperluan pelbagai rumpun masyarakat di Malaysia yang turut sama-sama menyumbang kepada pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera.

Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Presiden PAS

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

( Petikan dari Buletin online Terengganu )

Last Updated ( Sunday, 14 February 2010 20:01 )

NOSTALGIA PEMERINTAHAN PAS 1999 -2004
( Kenangan lalu untuk tatapan Generasi Kini )

Semasa PAS memerintah Terengganu kaum Tionghua tidak dipinggirkan. Mereka mendapat hak sebagai rakyat negeri ini dalam perkara melibatkan kebudayaan bangsa, agama. bantuan kebajikan, keadilan dan lain lain. Kehormonian hidup bersama dengan masyarakat Melayu dan India terpelihara dibawah Pemerintahan PAS tanpa ada diskriminasi. PAS bukan sekadar meraikan Tahun Baru semata mata tetapi melaksanakan apa keperluan dan hak kaum Tionghua sebagai Pemerintah Negeri Terengganu pada Tahun 1999-2004.

Untuk mengenangkan kembali Nostalgia itu di paparkan disini sedutan video satu sambutan Tahun Baru Cina Oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang masa itu Menteri Besar Terengganu dan lain lain Kepimpinan. Video ini di petik dari Unit Penerangan Negeri Terengganu di bawah Kerajaan PAS masa itu. InsyaAllah akan dipaparkan lagi sedutan video-video Semasa PAS memerintah Terengganu setakat mana VCD UPNT ada dalam simpanan. sekian


No comments:

Post a Comment