SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Tuesday, January 5, 2010

CATITAN SULTAN ZAINAL ABIDIN III KE MEKAH


Sultan Zainal Abdiin III, Sultan Terengganu kesebelas, telah menaik takhta dari tahun 1881 - 1918 baginda merupakan seorang sultan yang alim dalam hal agama, adil dan mempunyai peribadi yang baik, baginda telah menunaikan ibadat Haji pada tahun 1913 masihi ( 1332Hijrah )

Catatan pelayaran baginda yang menarik ke tanah suci telah diceritakan oleh Dato' Haji Muhamad Salleh bin Haji Awang dalam buku Haji di Semenanjung Malaysia, Sejarah dan Perkembangannya sejak tahun 1300 hijrah -1405 Hijrah ( 1886 - 1985H) ( muka surat 137-139 )

Buku ini telah diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Urusan Tabung Haji pada tahun 1986 mengetengahkan beberapa catitan perjalanan haji yang dilalui beberapa individu tertentu sebagai pendoman masyarakat hari ini. Pelbagai kesukaran diharungi dengan tempoh masa yang lama untuk berjaya menunaikan ibadat di tanah suci, Mekah. Disini diperturunkan kembali kisah pelayaran tersebut sebagaimana yang ditulis oleh Dato haji Muhmad Salleh.

Pada tahun 1913Masihi bersamaan 1332 Hijrah Baginda Sultan Zainal Abidin III telah berangkat belayar ke tanah suci Mekah dengan diiringi lima belas orang pengiringnya termasuk Datuk Sri Amar Diraja Haji Ngah Muhamad bin Muhamad Yusuf ( Setiausaha sulit dan kemudian dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1918 mengikut catitan dalam JMBRAS Vol. 1 pt. 41, 1968). Tengku Sri Wook Raja Tengku Yusuf Abdullah, Tengku Pekerma Tengku Hassan, Tuan Embong, Tengku Putera, Tengku Ibrahim dan Abdul Rahman bin Endut.

Keberangkatan Baginda dirahsiakan kerana baginda tidak suka cita-citanya hendak ketanah suci di ketahui orang. Bahkan pada mulanya setengah pengiringinya tidak mengetahui tujuan pelayaran mereka. Apa yang diketahui umum ialah baginda hendak berangkat ke Singapura.

Menurut cerita yang didapati, Keberangkatan ke tanah suci itu terpaksa menempuh berbagai peristiwa diantaranya, pelayaran baginda dari Singapura terpaksa berhenti di Aden lebih kurang sebulan kerana tergendalanya urusan- urusan syarikat kapal yang hendak membawa rombongan baginda dari Aden ke Jeddah manakala waktu untuk mengerjakan haji sudah begitu hampir dengan hari wukuf di Arafah. Bagimanapun dikatakan baginda masih berkeadaaan tenang dan kuat berpegang dengan kekuasaan Allah yang boleh melakasnakan sesuatu. Ada pembesar-pembesar yang mencadangkan untuk mendakwa syarikat perkapalan yang mungkirkan janji itu tetapi Baginda tidak bersetuju.

Akhirnya Baginda memajak sebuah kapal kecil untuk membawa baginda dan rombongan dari Aden ke Jeddah. Walau pun mengikut perkiraan biasa, dengan perjalanan sebegini baginda tidak akan kesempatan menunaikan fardhu haji pada tahun itu. tetapi dengan pertolongan Allah, kapal itu telah dapat sampai ke Jeddah terlebih awal daripada waktu yang dijangkakan.

Semetara itu beberapa orang bakal haji dari Aden yang turut sama terkandas telah dapat menumpang secara percuma dalam kapal itu dengan kemurahan hati baginda. Kira-kira pada 7 Zulhijjah ( bersamaan 28 Disember 1913 ) baginda telah tiba di Jeddah dan terus berangkat ke Mekah pada pukul 7 malam dengan menggunakan baghal dan tiba di Mekah pukul 9 pagi keesokkannya iaitu pada 8 Zulhijjah.

Sementara itu di Mekah, Keluarga Sheikh Nik Mat Kecik Fathoni ( Sheikh Haji yang akan memandu baginda semasa di tanah suci ) telah mendapat berita mengenai baginda dan rombongannya tiba di Jeddah, lalu diikhtiarkan sebuah kereta kuda kepunyaan syarif Mekah untuk membawa baginda ke Mekah supaya dapat sampai dengan cepat memandangkan hari wukuf hanya tinggal dua hari saja lagi.

Kereta kuda yang dihantar itu sempat tiba di Bahra iaitu sebuah perhentian dipertengahan jalan antara Jeddah - Mekah. Tetapi baginda lebih suka meneruskan perjalanan dengan menaiki baghal dengan rombongan baginda dan akhirnya selamat sampai di Mekah. Pada hari ke 9 Zulhijjah baginda dan rombongan berangkat ke Arafah dari Mekah dan meneruskan kerja-kerja haji hingga selesai.

Setelah selesai menunaikan fardhu haji baginda dan rombongan berangkat melawat Mesir dan kemudian baginda bercadang menziarahi Baitul Maqdis. Tetapi tidak dapat meneruskan hasratnya kerana jatuh gering. Baginda dinasihatkan doktor yang merawat supaya tidak meneruskan perjalanan tersebut dan terpaksa berangkat kembali segera ke tanahair. baginda dan rombongan telah selamat tiba di Singapura pada 1914.

No comments:

Post a Comment