SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Saturday, January 9, 2010

ORANG YANG TEGUH PENDIRIANNYA.

Allah SWT. telah berfirman maksudnya. " Sesungguhnya orang -orang yang mengatakan : ' Tuhan Kami Allah', Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka ( dengan mengatakan ) : Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepada Kamu." Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; didalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula ) didalamnya apa yang kamu minta." Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." ( surah Fussilat ayat 30,3132 )

Dari Abu Talhah RA. menceritakan, pernah beliau menghampiri Nabi SAW. dilihat muka Rasulullah SAW. amat berseri-seri daripada kebiasaan. lalu bertanya beliau dan Nabi SAW menjawab.

" Dan Apakah yang mencegahkan aku ( untuk bergembira ), sedang Jibril AS. benar-benar baru saja keluar tadi. Dia telah datang kepada ku membawa khabar gembira dari Tuhanku, kata dia : " Sesungguhnya Allah Taala telah mengutus aku kepadamu, untuk memberi khabar gembira kepadamu, bahwasanya tidak seorang pun di antara umatmu yang bersolawat untuk mu. kecuali Allah Taala dan juga malaikat-malaikat Nya bersolawat pula kerana solawat dia sepuluh kali."

Sifaa un Syariff

Para ulamak menyatakan sebab turun ayat diatas, sebagaimana dinyatakan Ibnu Abas RAH. " Sesungguhnya ayat itu di turunkan mengenai Abu Bakar As Shidiq, RA. Kerana telah berkata orang -orang musryik " Tuhan Kami ialah Allah. dan malaikat-malaikat itu anak perempuan Allah. Adapun orang Yahudi mengatakan: " Tuhan kami ialah Allah, dan Uzair itu anak Allah, dan Muhamad itu bukan seorang Nabi". Lalu Abu Bakar Berkata, " Tuhan kami ialah Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya dan Muhamad itu adalah hambanya dan Rasulnya. lalu Abu Bakar RA. meneguhkan pendiriannya.

Jelas Pengertian dari ayat ini, orang yang mengaku Allah Taala itu Esa dan menolak Allah Taala itu dari sebarang sekutu, mempunyai teman -teman atau anak-anak, kemudian sentiasa ianya dalam taat kepada Allah Taala dengan melakukan kefardhuan-fardhuan Nya dengan penuh ikhlas sehingga mereka mati.

Istiqamah menurut sebahagian ulama ialah sumpah semasa di alam arwah. Ada pula yang menyatakan istiqamah itu terjadi secara zahir dan batin iaitu :

Bagi golongan Awam adalah :
  1. Istiqamah pada zahir iaitu Patuh pada segala perintah Allah SWT. samada suruhan atau larangan Nya.
  2. Istiqamah pada bathin iaitu iman dan membenarkanya.
Bagi Golongan Khawash ( Khusus ) adalah :
  1. Istiqamah pada zahir menyingkirkan dunia, meninggalkan perhiaasan maupun keinginan -keinginan ( syahwat ).
  2. Istiqamah pada bathin Tidak menginginkan kenikmatan syurga lantaran rindu pada Allah SWT.
Syihabuddin

Khulafa ArRasyidin Radiallahu Anhum menyatakan istiqamah itu :
  1. Syaidina Abu Bakar RA ketika ditanya menyatakan " istiqamah itu janganlah kamu menyegutukan Allah Taala dengan sesuatu apa pun."
  2. Syaidina Umar RA. berkata. " Istiqamah itu kamu secara jujur melakukan perintah dan menjauhi larangan dan tidak kamu menyeleweng secara diam diam ( sembunyi ) seperti Musang.
  3. SyaidinaUsthman bin Affan RA. berkata, " Istiqamah itu ialah Keikhlasan."
  4. Syaidina Ali RA. berkata: " Istiqamah ialah melaksanakan kefardhuan- kefardhuan.
Ma'aalimut Tanziil

Kata ahli kebenaran Istiqamah itu dengan 3 perkara :
  1. Istiqamah dengan lidah - iaitu sentiasa lidahnya mengucap kalimah syahadat
  2. Istiqamah dengan hati - Sentiasa memiliki kemauan yang benar ( bersungguh ).
  3. Istiqamah dengan jiwa - Sentiasa melaksanakan ibadat -ibadat dan ketaatan -ketaatan.
Ada yang mengatakan Istiqamah itu dengan melakukan 4 perkara dan menyempurnakannya dengan 4 perkara juga :
  1. Taat terhadap perintah - Kesempurnaan taat dengan ikhlas.
  2. Taqwa terhadap larangan - Kesempurnaannya dengan taubat
  3. Syukur terhadap nikmat - Kesempurnaanya dengan mengakui kelemahan
  4. Sabar terhadap syurga - Kesempurnaanya dengan kesungguhan





No comments:

Post a Comment