SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Monday, January 11, 2010

MEREMPIT

Kegiatan Mat rempit dikatakan semakin parah, pihak berkuasa terus berdepan dinding buntu untuk memecah masaalah ini. Sudah banyak kali operasi diadakan bagi menghapuskan kegiatan rempit ini. Nak dihapus bukan Mat rempit tetapi kegiatan rempit. Entah apa nak jadi bukan tak ada operasi oleh pihak berkuasa namum golongan Mat rempit ini semakin menjadi dan berkembang biak.

Setiap kali selepas operasi pihak berkuasa mengeluarkan berbagai saman kesalahan terhadap Mat rempit ini dan diistiharkan jumlah saman dan lebih haru lagi ada yang ditahan kerana positif pengunaan berbagai jenis dadah dan terlibat dengan kesalahan jenayah.

Mat rempit akan menjelma diatas jalanraya terutama pada hari- hari minggu. Berkongsi sama dengan lain lain pengguna yang pasti terancam keselamatan nyawa dan diri mereka. Masa paling kerap mereka menjelma antara jam 6.30 petang hingga waktu Mahgrib dan pada tengah malam antara jam 1.00 pagi hingga mencecah subuh. Yang merempit ni tak ramai sekitar 10 -15 orang sahaja tapi yang mengiringnya atau kita boleh katakan Mat Motor beratus orang memenuhi dan menguasai jalanraya. Meraka akan muncul di jalanraya di bandaraya Kuala Terengganu, malah dikampung pun tak kurang hebatnya. Selain jalanraya di pusat bandar seperti dihadapan Taman Shah Bandar, lokasi - lokasi di pinggir bandar pun kerap mereka muncul antaranya di sekitar jalan Durian Burung, jalan Wakaf Beruas, Jalan Kubang Tangga di jalan Padang Midin dan lain lain lagi.

Mulanya hanya merempit tetapi sekarang dah mula terlibat dengan perbuatan dan gejala sosial lain seperti pergaulan bebas , bila ada Mat rempit adalah Minah rempit yang menjadi pelakon pembonceng. Malah sebahagian mereka juga juga dikait dengan laku musnah, buli, kecurian pergaduhan kumpulan , paling ditakuti oleh pengguna jalanraya yang lain ialah sikap samseng mereka yang sanggup bertindak liar dan ganas terhadap pengguna jalan raya lain dan macam macam perangai ada.

Sayang seribu kali sayang yang merempit ini terdiri anak bangsa sendiri beragama Islam. kadang kadang mereka adalah anak -anak dikalangan masyarakat elit dan berkeperibadian tinggi dimata masyarakat seperti anak -anak pemimpin masyarakat, anak-anak orang masjid dan surau, anak - anak guru agama, anak - anak JKK, anak -anak pegawai kerajaan.

Sebahagian ibu bapa,bukan tidak mendidik anak-anak kelahiran mereka tetapi serangan pengaruh sekitar dan luar rumah, pengaruh kawan-kawan, pengaruh media cetak dan elektronik,penggunaan internet yang tak terkawal, filem -filem dan lain lain lagi amat membantu mencorak keperibadian remaja dan belia di dunia hujung jari ini.

Berbagai teori di ajukan untuk menangani masaalah ini, sehingga ada cadangan untuk diadakan setiap minggu persembahan nyanyian. Agar Mat rempit tidak lagi merempit sebab ada tempat boleh melepak sambil mendengar persembahan nyanyian. memang sukar hendak ajak Mat rempit ni dengar ceramah agama atau nak bawa ke masjid. Tetapi gejala nyanyian dan hiburan yang berlambak baik di kaca TV mahu pun di mana- mana tidak pernah berbaloi malah menambah kusut masai adalah juga adanya.

Dewan Undangan Negeri Terengganu telah meluluskan RM 5 juta untuk menangani masaalah rempit ini. Moga wang rakyat ini dapat digunakan sebaik dan sebetulnya, jangan pulak ada yang merempit dalam saku saku mereka. SPRM kena kena pandai pandai lah memantau kalu ada lapuran jangan tunggu lama-lama nanti lama lama ia dikebas orang. Kalau ada yang merempit wang rakyat ni ambil tindakan segera. Sebab ini wang rakyat.

Kita sudah ada jalan pendekatan terbaik iaitu dekatkan mereka dengan ajaran agama.Kembalikan anak -anak bangsa kita ini dengan roh Islam. Mereka bukan tak ada pegangan cuma mungkin sebab terlampau hanyut dengan program yang bercanggah dengan syariat dan lalai yang menjadi kegemaran rutin untuk pihak berfahaman sekular dan penentang agama menganjurnya. Disaat ketika usia remaja belia inilah peluang golongan syaitan jin dan syaitan manusia melalaikan mereka dengan nafsu suka berfoya- foya dengan menganjurkan berbagai pesta , banyakkan hiburan dimana saja, paparkan cerita tahyul di TV, tujuan supaya mereka leka dan terbenteng dengan agama.

Untuk melakukan ini, Semua mereka yang cintakan Islam berkewajiban menjadi amilin -amilin untuk membetulkan semula segala kepincangan yang berlaku Tegakkan kebenaran dan hancurkan kebatilan. Allahu Akhbar.

Wasallam.

No comments:

Post a Comment