SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Tuesday, December 22, 2009


23hb. Disember 2009.
Takziah kepada Puan Rohana Mat Amin, isteri Alahyarham Nawi bin Sulong yang telah meninggal dunia pada petang kelmarin. Allahyarham adalah suami kepada puan Rohana Mat Amin seorang guru PASTI yang bertugas di PASTI As Sabiqun Kg. Bukit Kubang Jambu.

Allahyarham telah selamat di semadikan pagi tadi, Mulai semalam ahli- ahli keluarga Allahyarham sahabat handai, guru guru PASTI datang menziarahi, termasuk Ahli Jawatan Penyelaras Pemuda DUN seramai 10 orang telah mengadakan bacaan surah Yasin dan doa pada malam tersebut.

Turut kelihatan berziarah pada paginya puan Wan Fatimah Abdullah, isteri kepada YB. Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Hj. Endut ( Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap ADUN Kawasan Wakaf Mempelam ).

Ucapan Takziah kepada puan Rohana dan keluarga, semoga tabah dalam menghadapi pemergian arwah kerana ia adalah ketentuan Allah SWT. Moga Allah mencucuri rahmat dan pengampunan keatasnya. Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment