SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Thursday, December 17, 2009

Info pertama surau Al Ansar


Surau Al Ansar, terletak di satu lokasi perkampungan di pinggir bandar Kuala Terengganu, Jaraknya 4 km dari bandar dan ianya berdekatan dengan Pasar Borong Darul Iman, Kg. Gong Pauh. Ia berada di lokasi kegiatan penduduk yang sebahagiannya terlibat dengan aktiviti perniagaan di Pasar Borong. Kehidupan disitu bermula jam 3.00 pagi bila peniaga baik tempatan mahu luaran mula beroperasi menjelang subuh. pasar itu semakin meriah dengan peniaga yg mencari rezeki dan semakin bertali arusnya manusia berurusan sesama mereka dengan watak dan ragam berbagai. Semuanya mencari kurniaan Allah di waktu manusia lain dihayun buaian mimpi. Disaat fajar sodiq menjelma seruan azan berkemundang dari menara surau dan masjid berdekatan meganjak dan mengingatkan manusia mereka ada tangungjawab . ketika itu ada yang leka ada yang menyahut dan masih ada yng terlena.

No comments:

Post a Comment