SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Monday, December 28, 2009

KULIAH MOTIVASI


28 Disember 2009

Kuliah Motivasi oleh Al Fadhil ustaz Hamzah Ngah Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Kuala Terengganu yang diadakan di surau Al Ansar Gong Pauh Kuala Terengganu telah memberi ransangan awal kepada petugas parti untuk terus berjuang demi menegakan Islam. Beliau mengajak hadirin untuk mengambil iktibar daripada Rasulullah SAW. dan generasi sahabat dan sohabiah yang telah sanggup membuat pengorbanan harta dan nyawa.

Sentuhan beliau berkait peristiwa Bai'ah dan Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. dengan para sahabat telah memberi kilauan motivasi kepada peserta untuk menajamkan dan membaji sifat istiqamah dengan kerja kerja jemaah demi menegakan Islam.

Para pejuang dan pendakwah hendaklah sentiasa tidak lupa nikmat kurniaan Allah SWT. dan sentiasa bertafakur ,antaranya :

1. Bertafakur pada ayat Allah SWT ianya akan melahirkan yakin kepada Allah SWT.
2. Tafakur kepada janji Allah SWT. akan melahirkan rasa cinta pada Allah SWT.
3. Tafakur kepada ancaman Allah SWT. akan mencegahkan perbuatan maksiat
4. Tafakur dengan ketaatan akan melahirkan takut kepada Allah SWT.

Jadikan diri kita sebagai manusia pembawa Risalah Allah SWT. dan menjadi golongan penolong kepada Agama Allah SWT.bukan manusia yang sentiasa meninggal kerja Islam dan kerja jihad. Kita mahu jadi hamba yang mendapat kelebihan disisi Allah SWT iaitu sebagaimana firmanNya dalam surah As Soof ayat 14, " Hai orang orang yang beriman jadilah kamu penolong -penolong Allah".

Pejuang itu ianya seorang beriman dan beramal soleh dan berjihad . Menjadi ahli Parti Islam SeMalaysia ( PAS ). adalah pilihan benar. Dikatakan haram itu bukan nanti melakukan zina, berjudi, minum arak tetapi memilih parti yang menentang agama Allah SWT. juga haram.

Dalam pilihanraya kita kemukakan calun dari Parti Islam dan kita berusaha bersungguh sungguh bagi memenangkan calun itu baik di Kawasan atau DUN . Setiap Kemenangan calun itu akan memberi pahala yang besar kerana sebagai wakil menyatakan kebenaran Islam kepada pemerintah. " Rasulullah SAW. bersabda " Bahawa Seafdhal- afdhal jihad adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim ".

Parti Islam SeMalaysia PAS telah menyertai Pilihanraya sebagai satu wasilah untuk melaksanakan syariat Allah SWT. Ulama Haraki mengatakan mana-mana negara yang ada pilihanraya maka perlu kepada pengundi, oleh itu ahli- ahli parti perlu mencari dan melakukan kerja- kerja pendaftaran pengundi untuk mendapat undi . Ianya satu kewajiban dan kelekaannya mengundang dosa.

Setengah masyarakat yang jahil merasakan piliharaya suatu yang kotor dan hal dunia semata - mata inilah fahaman yang salah ditanam oleh golongan sekular.

Dalam perjuangan Rasulullah SAW. telah dikenakan sekatan ekonomi selama 3 tahun. Ditulis satu surat perjanjian tetapi akhirnya dimakan anai-anai sehingga tinggal kalimah Allah. Malah penulisnya telah ditimpa musibah dengan lumpuhnya tangan.

Nabi terus berdakwah berjalan jauh ke Taif untuk berdakwah, setiap orang yang ditemui dalam perjalanan itu Rasulullah SAW. mengajak mereka kepada Islam tetapi tiada seorang pun menerimanya sehingga sampai di Taif pemimpin Taif telah mengupah kanak-kanak untuk menghalau Nabi SAW. Nabi SAW. tak kisah dengan apa yang berlaku kerana dakwah dan arahan Allah SWT. Cuba bandingkan kita sebagai ahli parti bagaimana kita dalam mentaati arahan pimpinan dan jemaah.

Dalam perjuangan semua peringkat terlibat. Semasa peristiwa Hijrah untuk menjayakan Hijrah Rasulullah SAW. Syaidina Abu Bakar R.A. menjadi teman kepada Rasulullah SAW . Syaidina Ali Abi Talib K.W sebagai pemuda ditugaskan tidur di tempat Rasulullah SAW. Asma yang pada masa itu hamil, mewakili golongan muslimat bertugas membawa makanan. Malah seorang yang kafir diupah oleh Syaidina Abu Bakar untuk menunjukan jalan ke Madinah. Hijrah Rasulullah SAW. berjaya dengan kerjasama semua.

Setiap ahli sebagai pejuang sentiasa berbelanja atau infaq pada jalan agama Allah SWT. melaksanakan amar makruh dan nahi mungkar, setiap pejuang mestilah bertaqwa hanya kepada Allah. tidak takut dalam menegakan Agama Allah SWT.

Inilah antara sebahagian saranan Al Fadhil ustaz Hamzah Ngah Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Kuala Terengganu dalam kuliah motivasi kepada para ahli dan amilin PAS untuk terus bersama dalam jemaah perjuangan Islam, Allahu Akhbar !!!.

No comments:

Post a Comment