SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

SELAMAT DATANG. KE BLOG SURAU AL ANSAR GP.

" AGAMA ITU ADALAH NASIHAT "

ULAMA ITU PEWARIS NABI


Saturday, December 19, 2009

DAURAH TADRIBIYYAH DUN WAKAF MEMPELAM


Daurah Tadribiyyah DUN Wakaf Mempelam.

Dr. Haji Sulaiman Abdullah Naib YDP. PAS Kawasan Kuala Terengganu merangkap Ketua Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata " Tarbiyyah amat penting dalam gerakan Islam dan menjadi kewajiban kepada setiap ahli umtuk menerima tarbiyyah. beliau berkata demikian semasa merasmikan Daurah Tadribiyyah peringkat DUN Wakaf Mempelam yang telah berlangsung pada 19 Disember 2009 di Dewan Madrasah Darus Salam. Losong Hj. Mat Shafie, Kuala Terengganu.

Menurut beliau lagi " Amal Islami mempunyai 2 perkara penting iaitu
1. Ad Dakwah wa Tarbiyyah
2. Al Harakah wal Jihad.

Ad Dakwah dan Wa Tarbiyyah perlu didahulukan untuk membina insan dan merupakan proses membawa manusia kepada kerja kerja Al Harakah Wal Jihad. Hasil daripada tarbiyyah akan melahirkan Iman yang mengesahkan ibadat dan melahirkan insan yang berkebajikan. Beliau memetik firman Allah SWT. dalam surah Al Mulk ayat ke 2 yang bermaksud
" Dia ( Allah ) Yang Menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun".

" Hidup cara Islam mengatasi segala cara hidup yang lain " Hari ini di Copenhagen, Denmark diadakan satu persidangan bagi membincang perubahan iklim dunia yang dijangka akan membawa kemudaratan kepada kehidupan manusia. Perwakilan 128 negara bersidang tetapi keputusan di buat oleh 5,6 negara kuasa besar. Dimana peranan negara Islam " soal beliau ?

Program daurah dan usrah merupakan asas utama dan menjadi asas kepada kejayaan program program yang lain.

Daurah Tadribiyyah yang diadakan pada hari ini juga mendapat sentuhan motivasi dan pendedahan yang amat baik dan menambahkan kefahaman amal Islami kepada para peserta daurah oleh dua pembentang kertas kerja iaitu Al Fadhil Ustaz Kamaruddin bin Yunus ( Penolong Setiasuaha PAS Negeri Terengganu yang bertajuk " Maudud Dakwah " dan Kertas kerja kedua oleh Al Fadhil Ustaz Kamaruzaman bin Abdullah ( Ahli Jawatankuasa Ulama Negeri Terengganu ) yang bertajuk " Sasaran Dakwah ".

No comments:

Post a Comment